Kerjaya Henri Fabre

Henri Fabre dilahirkan di dalam keluarga yang serba mewah. Keluarganya merupakan pemilik syarikat perkapalan di kota Marseille. Beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Jesuit, Marseille dalam bidang sains lanjutan. Beliau kemudiannya lebih cenderung ke arah pengkajian pesawat dan binaanya. Beliau berjaya mempatenkan sistem apungan pesawatnya dari permukaan Etang de Berre pada 28 Mac 1910. Pada hari yang sama, beliau berjaya menyempurnakan penerbangan pesawatnya dengan mencatatkan rekod penerbangan ketika itu setinggi 600 meter. Fabre Hydravion buat pertama kalinya dipertontonkan kepada umum di Musée de l'Air, Martigues, Paris, Perancis. Selepas dipertontonkan, beliau telah membuat kerjasama dengan Glenn Curtiss dan Gabriel Voisin untuk menambahbaik pesawat lautnya.